Friday, August 26, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Smk Bandar Behrang 2020

 Assalamualaikum ,

 Dua hari lepas , sekolah aku ade buat mjlis khatam al-Quran . Syukur alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Wahh , meriah weh .Pelajar khatam Al-Quran yang terlibat pakai baju kurung n baju melayu dengan kebenaran sekolah okay, tak boleh langgar peraturan sekolah ye kawan-kawan. Kami semua pun diberi kebenaran awal balik awal dari biasa. Sekolah behrang 2020 ni waktu balik 2.30 petang tau.  Part paling best, pelajar khatam al-Quran dapat duit raya 7 ringgit.  Anak-anak yatim pun dapat sumbangan jugak dari segi duit.  Okayy , kami memang tak ade mood nak belajar mase hari tu.



















Kami sibuk bergambar je. 






-- Dua jejaka kelas sains yg sudi membantu


Photo : From Fatin Liyana Binti Alias

SSekian , Terima Kasih .


Sunday, June 12, 2011

Almost a month

Assalamualaikum !

Almost a month tokwan dah pergi. Teringat semua kenangan. Takpe, sekurang-kurang tokwan tak sakit lama even kami semua terkilan sebab arwah jatuh motor kat laman rumah je. Itulah, janji Allah kan. Kami semua kena terima hakikat.

Even tokwan dah takde, gambar tokwan ada. Acik setiap kali nak makan mesti panggil ' Abah, makan!'. Acik ni adik bongsu mak dan dia kurang upaya sikit. Semoga tokwan tenang kat sana. Kami mampu sedekahkan Al-Fatihah saja.




Sunday, May 15, 2011

Tokwan



Assalamualaikum ,

Hari ni nak bagitau cerita sedih. Tokwan dah takda. Tokwan dah pi 5 hari lepas. Kami semua terima walaupun hati kami semua sedih. InshaAllah, tokwan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.



Moga Arwah tenang di alam sana .
Al-fatihah .


Sunday, April 24, 2011

Tokwan jatuh

Assalamualaikum (;

 Isnin pagi kelmarin, tokwan jatuh motor. Kebetulan aku memang tak pergi sekolah sebab sakit kepala. Aku selalu je dalam seminggu tu sehari takpi sekolah sebab sakit kepala la. Masa tokwan jatuh motor, aku tengah sidai kain. Terkejutnya, Ya Allah, tuhan je tahu, terus pi terkam tokwan sebab nak angkat motor yang hempap kaki tokwan ni. Mujur luka sikit je tapi tokwan boleh lagi berdiri. Pastu duduk dekat bangku malas yang boleh baring tu.

Rasa macam tak sedap hati, terul call mak cakap tokwan jatuh. Mak dengan ayah balik terus sebab risau. Malam tu urut kaki je dengan tukang urut kampung. Esoknye bawak pergi hospital, kena tahan in a few days jugaklah. Pihak hospital hantar pi ipoh sebab nak scan kepala and the result have a bleeding in brain. Walaupun sikit je tapi still risau.

Dah beberapa hari, tokwan boleh discharge. Even macam tu, sedih sangat sebab tokwan tak bercakap. Senyum je. Makan pun tak sangat.







Thursday, March 31, 2011

Sudah jatuh ditimpa tangga

Assalamualaikum )=

Hari ni mungkin hari tak baik. Boleh pulak terseliuh. Orang kata, tak berhati-hati. Haa, itulah akibatnya. Dah la sakit sebab kaki boleh terlipat. Semangat nak sekolah kuat, gagahkan jugak la pi sekolah sebab ada ujian segak. Kome tau ke ujian segak tu apa? 

Mujur kelas aras bawah je tapi kelas subjek banyak betul nak kena naik tangga. Kesimpulannya, kaki aku dah bengkak sebab banyak berjalan. Nada kena jadi tongkat aku kemana-mana. Dahlah balik rumah, bukan kena pujuk pun. Mak marah lagi ada sebab terus pi sekolah. Kenapa tak terus balik je. Sedih saya. 

Aku tak terpikir pun nak pinjam handphone pak guard sekolah rendah tempat aku tunggu suruh mak aku ambik aku. 

Sekian.