Saturday, January 09, 2016

Selepas beberapa tahun



Assalamualaikum.

After a few years, i/m back. Sebenarnya agak sibuk dengan kehidupan seharian, sibuk dengan belajar. Bukan senang nak senang dan jugak bukan susah nak susah kan. Niat di hati, aku nak sambung balik tulis blog ni tapi kekangan masa jadi masalah utama sekarang.

Jadi hari ni cuma nak tulis pasal entry baru untuk tahun baru. Selamat Tahun Baru 2016 !




Sunday, April 14, 2013

Cyst

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni ada satu perkara yang ingin aku kongsikan bersama pembaca terutama bagi gadis-gadis dan wanita-wanita . Penjagaan kesihatan sangat penting okay ! Don't think you still young and you can life happily with good health. Kadang kadang pada usia muda juga , pelbagai penyakit boleh datang . So tolong jaga kesihatan dari sekarang ! Okay , salah satu penyakit yang hari ni nak dikongsi adalah cyst .

Masing masing tertanya-tanya apakah itu cyst ? You must read what cyst actually . 

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis cyst 
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst:  Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum:   Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas:  Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas:  Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries:  Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

More Info

Sekian for info . Jumpa lagi lain kali.

Saturday, February 02, 2013

Selamat Ulang Tahun ke-18


Assalamualaikum.

Akhir bulan satu hari tu, my birthday! As a birthday girl, kita mestilah nak orang yang penting dan istimewa ingat birthday kita kan. Mak dan ayah memang terbaik sebab ingat. Tu pun dah cukup sebab along tak banyak songeh. Serious, thanks suprisekan along dengan cake. Thank you so much. Rezeki sebab belikan kek ni.



Rasa kek yang sedap, warga tanjung malim boleh ke Kia Abdul untuk beli kek.



Thanks to my darl, Fatin sebab suprisekan dgn cupcake. 


Nak cuba kek ni pun boleh di Azizah Home Bakery . Location kat Proton City, Tanjung Malim.




Tuesday, January 15, 2013

Terimalah Seadanya





Walaupun sehebat mana pun dugaan yang datang untuk menduga diri kita , pasti diri kita mampu menghadapinya . Janganlah jadikan ia sebagai satu tembok untuk diri kita mengalah .

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Q.S. Al-Imran: 139)





Monday, October 15, 2012

Tamat zaman sekolah

Assalamualaikum wbt :)

Tak lama lagi aku bakal tamat sekolah sebab dah nak ambik SPM. Yuhuuuuu! Tak sampai lagi sebulan nak SPM tapi risau jugak sebab ye la, subjek aku amekkan pior science. Kecintaan aku terhadap subjek subjek elektif cuma pada addmath dengan biologi je. Kimia dengan fizik, entahlah. Sabo je la.

Yang penting doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. InshaAllah semua berjalan lancar. Semoga rakan-rakan perjuangan semua berjaya! Amin.





Goodluck !

Friday, August 26, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Smk Bandar Behrang 2020

 Assalamualaikum ,

 Dua hari lepas , sekolah aku ade buat mjlis khatam al-Quran . Syukur alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Wahh , meriah weh .Pelajar khatam Al-Quran yang terlibat pakai baju kurung n baju melayu dengan kebenaran sekolah okay, tak boleh langgar peraturan sekolah ye kawan-kawan. Kami semua pun diberi kebenaran awal balik awal dari biasa. Sekolah behrang 2020 ni waktu balik 2.30 petang tau.  Part paling best, pelajar khatam al-Quran dapat duit raya 7 ringgit.  Anak-anak yatim pun dapat sumbangan jugak dari segi duit.  Okayy , kami memang tak ade mood nak belajar mase hari tu.



















Kami sibuk bergambar je. 






-- Dua jejaka kelas sains yg sudi membantu


Photo : From Fatin Liyana Binti Alias

SSekian , Terima Kasih .


Sunday, June 12, 2011

Almost a month

Assalamualaikum !

Almost a month tokwan dah pergi. Teringat semua kenangan. Takpe, sekurang-kurang tokwan tak sakit lama even kami semua terkilan sebab arwah jatuh motor kat laman rumah je. Itulah, janji Allah kan. Kami semua kena terima hakikat.

Even tokwan dah takde, gambar tokwan ada. Acik setiap kali nak makan mesti panggil ' Abah, makan!'. Acik ni adik bongsu mak dan dia kurang upaya sikit. Semoga tokwan tenang kat sana. Kami mampu sedekahkan Al-Fatihah saja.




Sunday, May 15, 2011

Tokwan



Assalamualaikum ,

Hari ni nak bagitau cerita sedih. Tokwan dah takda. Tokwan dah pi 5 hari lepas. Kami semua terima walaupun hati kami semua sedih. InshaAllah, tokwan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.



Moga Arwah tenang di alam sana .
Al-fatihah .


Sunday, April 24, 2011

Tokwan jatuh

Assalamualaikum (;

 Isnin pagi kelmarin, tokwan jatuh motor. Kebetulan aku memang tak pergi sekolah sebab sakit kepala. Aku selalu je dalam seminggu tu sehari takpi sekolah sebab sakit kepala la. Masa tokwan jatuh motor, aku tengah sidai kain. Terkejutnya, Ya Allah, tuhan je tahu, terus pi terkam tokwan sebab nak angkat motor yang hempap kaki tokwan ni. Mujur luka sikit je tapi tokwan boleh lagi berdiri. Pastu duduk dekat bangku malas yang boleh baring tu.

Rasa macam tak sedap hati, terul call mak cakap tokwan jatuh. Mak dengan ayah balik terus sebab risau. Malam tu urut kaki je dengan tukang urut kampung. Esoknye bawak pergi hospital, kena tahan in a few days jugaklah. Pihak hospital hantar pi ipoh sebab nak scan kepala and the result have a bleeding in brain. Walaupun sikit je tapi still risau.

Dah beberapa hari, tokwan boleh discharge. Even macam tu, sedih sangat sebab tokwan tak bercakap. Senyum je. Makan pun tak sangat.







Thursday, March 31, 2011

Sudah jatuh ditimpa tangga

Assalamualaikum )=

Hari ni mungkin hari tak baik. Boleh pulak terseliuh. Orang kata, tak berhati-hati. Haa, itulah akibatnya. Dah la sakit sebab kaki boleh terlipat. Semangat nak sekolah kuat, gagahkan jugak la pi sekolah sebab ada ujian segak. Kome tau ke ujian segak tu apa? 

Mujur kelas aras bawah je tapi kelas subjek banyak betul nak kena naik tangga. Kesimpulannya, kaki aku dah bengkak sebab banyak berjalan. Nada kena jadi tongkat aku kemana-mana. Dahlah balik rumah, bukan kena pujuk pun. Mak marah lagi ada sebab terus pi sekolah. Kenapa tak terus balik je. Sedih saya. 

Aku tak terpikir pun nak pinjam handphone pak guard sekolah rendah tempat aku tunggu suruh mak aku ambik aku. 

Sekian.